Friday, August 5, 2011

Jangan beli sosej ayam diragui status halal

ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan umat Islam khususnya di Kedah dan Perlis supaya tidak membeli sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual meluas di kedua-dua negeri itu.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya haram.
Perkara itu selaras kesahihan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengenai sosej ayam dicampur pulut, selain kepingan ayam tanpa jenama dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru; Perlis, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Katanya, JAKIM akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memantau kemasukan berleluasa produk sejuk beku dari Thailand yang diragui status halalnya.

"Mengikut maklumat diterima daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk yang disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran agensi berwajib termasuk Bahagian Hab Halal JAKIM.

"Justeru, kita juga menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini, termasuk tidak mengetahui kandungan produk yang dibawa dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya, termasuk di bazar Ramadan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, JKN Perlis mengesahkan kedua-dua produk itu disahkan mengandungi DNA babi.
Dua produk itu yang turut menjadi bahan utama dalam menu Yong Tau Foo dan sosej bakar yang banyak dijual di gerai tepi jalan sekitar Sungai Bahru, turut dihantar untuk pasaran Perlis dan Kedah.

Pengesahan itu dibuat hasil keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan JKN Perlis di sekitar Sungai Bahru, yang mana dua daripadanya disahkan mengandungi bahan terbabit.

sumber :

Berita Harian:
ARKIB : 04/08/2011

Kenyataan Rasmi Mengenai Produk "Golden Churn Creamery Butter" dalam Kek Lapis di sarawak

TARIKH: 29 Jul 2011
Umat Islam di Sarawak secara khasnya diminta oleh Jabatan Agama Islam Sarawak agar menghentikan penggunaan mentega berjenama tersebut serta merta kerana satu sampel produk Golden Churn Creamery Butter di pasaran Sarawak telah dikesan mengandungi DNA Babi melalui laporan yang diterima daripada Jabatan Kimia Malaysia pada 19 Julai 2011






HARAM - ADA DNA BABI!!!

HARAM - ADA DNA BABI!!!


DNA babi: Jakim batal sijil halal syarikat bekal ramuan roti

PUTRAJAYA 17 Mei - Pengguna Islam dinasihatkan berhati-hati memilih makanan berasaskan roti, pastri dan kek di pasaran selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan permohonan sijil halal sebuah syarikat pembekal bahan tersebut.


Syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut dikesan membekalkan bahan ramuan tidak halal tersebut kepada beberapa pasar raya dan restoran terkenal di negara ini.

Pembatalan itu dibuat hasil Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan 12 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Bahagian Hab Halal Jakim memberitahu, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam bahan ramuan tepung telur dan tepung susu (whole egg powder dan whole milk powder) yang digunakan oleh syarikat itu.

Menurutnya, berikutan pertemuan itu semua pemegang dan pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran syarikat itu diminta mengambil beberapa tindakan dengan segera.
"Pemegang dan pemohon baru sijil halal Jakim perlu menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka juga perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut kenyataan itu.


Sumber : Utusan Malaysia:
ARKIB : 18/05/2011